Selasa, 15 Januari 2008

Asal-usul suku kaum Cina: Pergerakan dari Barat

Asal-usul suku kaum Cina: Pergerakan dari Barat


E.T.C. Werner telah menulis pada 1992 dalam Myths and Legends of China (Dongengan dan Lagenda Cina), Graham Brash (Pte) Ltd, Singapore, cetakan semula 1998:
Menantikan penentuan bukti penemuan, kesimpulan yang sementara berikutnya mempunyai rekomendasi mengenainya – yakni bahawa leluhur orang Cina datangnya dari barat, dari Akkadia atau Elam (Mesopotamia atau Iran moden), atau dari Khotan, atau (besar kemungkinan) dari Akkadia atau Elam melalui Khotan, sebagai seorang pengembara atau suku kaum pedusunan atau kumpulan pengembara atau kumpulan pedusunan, atau pendatang berpindah-randah yang telah sampai ke tempat yang sekarang ini disebut Cina di bahagian utara-barat, menetap di bahagian unjuran Sungai Yellow, menyebar ke bahagian timur laut, ke bahagian timur dan selatan, menakluk, menyerap, atau menekankan keasalan ini ke tempat sekarang yang disebut Cina Selatan dan Cina Barat Daya. Suku kaum keasalan ini, yang mana mewakili golongan pendatang neolitik yang berpindah-randah dari bahagian Asia barat lebih awal daripada pendatang yang ramai yang memasuki ke bahagian Cina Utara (yang tiba pada kira-kira abad kedua puluh lima atau kedua puluh empat sebelum Masehi), dan yang telah meninggalkan kesan mendalam kepada orang-orang Jepun, telah bercampur dan telah berkahwin dengan suku kaum Cina di bahagian selatan, dan akhirnya menimbulkan perbezaan dari segi fizikal, mental, dan sifat emosi, perasaan sentimen, idea-idea, bahasa, proses-proses, dan barang keluaran, dari orang Cina di bahagian Utara yang mana pada masa itu sangat menarik perhatian (ms. 17).
Cina awal adalah daerah yang kecil. Ini:
daerah berdekatan dengan bengkokan Sungai Yellow mempunyai keluasan kira-kira 50,000 batu persegi, dan dengan perlahan-lahan diperluaskan ke arah laut di sebelah utara-timur sejauh 119o longitud, apabila kawasannya hampir berganda. Ia mempunyai penduduk kira-kira sejuta, dan bertambah kepada dua juta. Ini mungkin dipanggil sebagai bayi Cina. Zamannya (Zaman Feudal) adalah dua ribu tahun diantara abad yang kedua puluh empat dan dua puluh tiga BC (p. 18).
Ini adalah kawasan dimana wilayah-wilayah moden Shansi, Shensi, dan Honan bergabung dan diperluaskan kearah timur ke Teluk Chihli, kira-kira 600 batu panjang dan 300 batu lebar. Pada dua ribu tahun pertama kawasan ini tidak mempunyai perubahan tetapi di selatan, chou atau koloni, penduduk-penduduk Cina, telah bertambah dalam saiz melalui menjajahan wilayah yang berdekatan.
Mengikut ahli-ahli sejarah, Sejarah Dunia, vol. XXIV, ms 542, raja ternyata yang pertama bagi Cina ialah Hwang-ti. Makamnya dipelihara di daerah Shensi. Nama isterinya ialah Ratu Se-Ling-she. Dia diduga telah memerintah dalam abad yang kedua puluh tujuh BCE, tetapi sejarah seawal ini mungkin diragui. Confucius (Kung-Fu-Tse) (549 BCE) memberikan beberapa data dari pemerintahan Yaou yang dipercayai dari 2356 BCE, tetapi ini bukanlah bererti kritikan (ibid.). Dia telah diganti oleh Shun sebagai raja. Pada kematian Shun, Yu yang “Agungl” yang telah mengalirkan banjir, yang telah melawat Cina, telah menjadi raja. Kalibar raja-raja telah menurun sehingga Kee (1818-1766 BCE) yang sangat alim sehingga rumahnya telah dihapuskan dan dinasti Shang yang baru bermula. Pemerintah, Tang, adalah berlaku adil dan memusnahkan penindasan. Secara menghairankan dia telah memerintah pada zaman tujuh-tahun musim kemarau. Kebuluran dalam Kejadian 41:54 mungkin, terjadi diseluruh kawasan. Dalam 1153 BCE, Dinasti Shang terakhir dan Chow yang kejam memerintah empayar. Kira-kira 1121 BCE duta-duta besar datang dari apa yang dipanggil Cochin Cina (iaitu bahagian Selatan Vietnam, yang dahulunya dipanggil Indo-China).
Dari analisis yang dibuat oleh Bernard Karlgren dalam A Catalogue of the Chinese Bronzes in the Alfred F. Pillsbury Collection, (The University of Minnesota Press, for the Minneapolis Institute of Arts, 1952); kelihatan terdapat empat jangka masa sebelum Ch’in. Mereka ialah Yin-Shang (1525-1028 BCE), Chow Awal (1027-c.900 BCE), Chow Pertengahan (c.900-c.600 BCE) dan Huai (c. 600-c.222 BCE). Pengenalan-pengenalan ini terbukti penting didalam mengenal pasti perubahan dalam sistem kebudayaan dan keagamaan. Titik yang dipintas adalah pada 1525 BCE untuk bentuk perhiasan gangsa dan ini juga penting dalam mengasingkanpergerakan awal dari skala masa dongengan.
Lebih dari dua ratus tahun sebelum era Kristian, Cina menjadi taklukan bagi dinasti yang keempat, yang dipanggil Tsin (Sinnim? Or Ch’in/Cina). Pemerintah dinasti ini, yang mana mewajibkan semua lelaki yang ketiga untuk terlibat dalam pembinaan tembok Besar Cina untuk melindungi daripada suku kaum; yang cuba membentuk dinasti yang memerintah dari permulaan hingga akhir dengan memungut dan membakar semua rekod yang diketahui. Walau bagaimanapun, ini telah digagalkan oleh penemuan buku-buku Confucius dan dinastinya menjadi pudar dan lemah atas kematian anak lelakinya (ibid., p. 543). Han kemudiannya memulakan perluasan empayar tersebut.
Pemusnahan rekod-rekod ini memberikan kepercayaan kepada ketepatan Confucius, tetapi apa yang kita ketahui daripada pembelajaran bahasa-Ethno dan bidang antropologi, kita boleh membentuk gambaran yang cukup tepat mengenai struktur social dan keagamaan suku kaum dari Asia Timur dari zaman awal lagi.
Dalam 221 BCE, semua negeri feudal yang mana daerah ini telah dibahagi dan telah berjuang tanpa henti-henti diantara satu sama lain, telah ditakluki dan diserapkan oleh negeri Ch’in (sepatutnya Cina). Bentuk kerajaan monarki, yang mana berterusan selama dua puluh satu abad, telah dibentuk (Werner, ms. 26-27).
Semasa abad yang pertama zaman raja monarki, yang mana berterusan dari 221 B.C. kepada A.D. 1912, ia telah diperluaskan ke selatan sehingga merangkumi semua Kelapan belas Wilayah yang membentuk apa yang dipanggil sebagai Cina seksama zaman moden, kecuali sebahagian daripada barat Kansu dan sebahagian besar daripada Ssuch’uan dan Yunnan. Pada zaman penaklukan Manchu dari permulaan abad yang ketujuh belas A.D. ia mendapatkan semua daerah diantara latitute 18o dan 40oN. dan longitude 98o dan 122oE. (wilayah kelapan atau Cina Seksama), dengan tambahan wilayah-wilayah yang luas Manchuria, Mongolia, Ili, Koko-nor, Tiber, dan Corea, dengan kekuasaan raja keatas Burma dan Annam – kawasan yang lebih daripada 5,000,000 batu persegi, termasuk 2,000,000 batu persegi yang diliputi oleh Lapan belas Wilayah. Secara am, daerah in adalah bergunung-ganang di bahagian barat, dan turun kearah laut dibahagian timur (ms. 18).
Adalah dengan secara am diterima bahawa, pada kedatangan mereka, orang-orang cina berjuang menentang suku kaum asli, memusnah, menyerap atau menghalau mereka ke selatan. Dinasti Han berterusan dari 205 BCE ke 226 CE dan dikenali dengan kekuatan tentera. Orang-orang Cina pada lewat abad ini masih lagi suka dianggap diri mereka sebagai anak-anak Han. Diantara 194 BCE dan 1414 CE orang-orang Cina menggabungkan Korea, Sinkiang (dikenali sebagai daerah baru atau Turkestan Timur), Manchuria, Formosa, Tibet dan Mongolia. Tibet sekali lagi ditambahkan kepada empayar dibawah Sun-che (1644-1661) pada pembentukan Dinasti Manchu-tartar (Ta) tsing (keaslian yang besar). Formosa dan Korea telah digabungkan oleh Jepun pada atahun 1895 dan 1910. Werner percaya bahawa:
Orang-orang Cina ‘mengambil kawasan yang menarik’ dan menyebabkan orang-orang bukan dari suku kaum Cina menduduki hutan yang tidak baik atau paya-paya di selatan, atau di kawasan bergunung-ganang dan susah dimasuki, ada juga didalam kesulitan (secara rela, bukan dengan kemestian), walau bagaimanapun, ada beberapa, seperti Dog Jung in Fukien, meneruskan pendudukannya seperti pulau diantara bangsa yang memerintah.
Dalam abad yang ketiga B.C. bermulalah kemusnahan perhubungan diantara orang-orang Cina dengan golongan nomad di sebelah utara, yang mana telah berterusan sepanjang tempoh sejarah mereka. Semasa enam abad yang pertama A.D. terdapat perhubungan dengan Rome, Parthia, Turkey, Mesopotamia, Ceylon, India, dan Indo-China, and dalam abad yang ketujuh dengan Arab. Eropah berada dibawah lingkungan social oleh orang-orang perantau Kristian. Dari abad yang kesepuluh hingga ketiga belas, bahagia utara telah diduduki oleh Kitans dan Nuchens, dan seluruh empayar adalah dibawah kekuasaan Mongol untuk lapan puluh lapan tahun dalam abad yang ketiga belas dan empat belas. Perhubungan perdagangan and keagamaan telah dijalankan dengan jiran-jiran semasa empat ratus tahun kemudiannya. Perhubungan diplomatic yang tersusun dengan negara-negara Barat telah dibentuk akibat dari siri-siri peperangan dalam abad yang kelapan belas dan kesembilan belas (ms. 20-21).
Cina mendapat dan kehilangan wilayah-wilayah dalam beberapa peristiwa sepanjang tempoh sejarahnya. Dari 73 ke 48 BCE “seluruh Asia dari Jepun ke Lautan Caspian adalah jajahan Kerajaan Tengah, yakni China” (ibid., ms. 27). Semasa dinasti Sung Selatan (1127-1280) Mongol Tartars memiliki bahagian utara China, sejauh-jauh Sungai Yangtze, dan semasa dinasti Yuan (1280-1368) mereka menakluki seluruh negara. Semasa tempoh 1644-1912 ia adalah dibawah pemerintahan Manchu.
Agama orang-orang Cina
Sistem-sistem Awal
Pengetahuan kita mengenai agama orang-orang Cina sebelum kemasukan sistem orang-orang India, yang menonjol ialah Buddha, yang mana ia sendiri disesuaikan kepada Shamanisme di Utara sebagai Mahayana atau kenderaan yang besar dalam kepercayaan Buddha. Ajaran Lao-Tse dan Taoisme juga adalah sangat bergantung kepada tulisan-tulisan Confucius. Agama orang-orang Cina awal mempunyai dua aspek. Terdapat sedikit keraguan bahawa agama oleh kebanyakan ialah Animisme atau penyembah alam semulajadi, yang mana tertumpuh kepada pendewaan nenekmoyang. Tiada juga keraguan bahawa terdapat sistem awal falsafah teologi, yang mana mendalilkan bahawa terdapat dua sistem penciptaan, dimana terdapat dua aspek mahluk, yang mana menggabungkan bahan pasif dan kuasa yang aktif. Yang aktif atau kuasa Yang adalah kekuatan bapa sorgawi (Tien) dan yang pasif atau kekuatan Yin ialah kekuatan ibu duniawi. Tahap dimana kuasa ini merupakan monotheist telah diperdebatkan. Entiti Shang-ti atau “pemerintah yang di agungkan” di syurga atau Tien mempunyai sifat-sifat campuran, semua sifat-sifat ketuhanan yang berkaitan dengan Monotheisms; seperti “omniscience, kasih dan kebijaksanaan yang paling tinggi, yang maha kuasa” (Historians’ History etc. p. 526). Tetapi ia juga ditentang bahawa syurga sendiri yang merupakan kekuatan dan bukannya keperibadian rohaniah. Konsep ini menyebabkan kekeliruan di antara pekabar-pekabar injil yang mencari Ketua tuhan Trinitarian, yang mana ia sendiri adalah syncretic derivation dan secara logik mengelirukan sebagaimana ditunjukkan dalam pekerjaan Ketua Tuhan dan ajaran asli (petikan Cox, Penciptaan: Dari Teologi Antropomorfik kepada Antropologi Teomorfik (No. B5), CCG, 1992, 2000). Kristian awal di Cina adalah penganut kepercayaan Unitarian dan bukannya Trinitarians (petikan Cox, loc. cit. (No. 122)).
Ke tahap mana sistem Monotheist ini, ia adalah terbuka kepada perdebatan. Mungkin ia seperti mana yang dinyatakan dan diubah mengikut masa untuk menyesuaikan kepada animisme dengan sifat kekuatan dalam alam semesta yang kekal. Sudah tentu, karya yang dibuat oleh Kang dan Nelson (The Discovery of Genesis, Concordia Publishing House, St Louis, 1979) adalah pembentangan yang diterima mengenai kewujudan Monotheisme oleh orang-orang China awal, dari analisis dalam bentuk bahasa kuno. Terdapat tentangan yang serius terhadap usaha dari cubaan untuk menyatakan struktur Trinitarian dan andaian yang terlibat kelihatan tersusun dalam beberapa kejadian untuk mendapat konsep tritunggal. Banyak perkataan yang menunjukkan Mysticisme dan bukan Monotheisme yang mana, sebagai contoh, pada radikal yang terakhir untuk perkataan ‘roh’ adalah sebenarnya pekerja gaib. Pengenalan Allah dalam bentuk Shen adalah, seperti mana yang kita lihat, salah, diperolehi oleh Shen adalah keperluan awal untuk mendapatkan keupayaan untuk berucap sebagai nabi dibawah Shamanisme dalam bentuk China Wuisme. Catatan yang paling awal mengenai ibadat keagamaan dihuraikan oleh Confucius didalam Shu Ching, atau The Book of History, menyatakan bahawa Kaisar Shun dalam 2230 BCE mengorbankan kepada Shang Ti, tetapi, seperti mana yang direkodkan oleh Kang dan Nelson, bahawa Confucius menulis “Upacara-upacara korban syurgawi dan duniawi adalah yang mana manusia melayan Shang Ti” (ibid., ms. 14ff). Dari rekod-rekod doa dari upara tahunan yang dilaksanakan oleh kaisar, sebagai imam besar yang tunggal kepada negeri, kelihatan bahawa kes kepercayaan bapa Monotheisme boleh dibuat.
Struktur ini, kalau inilah halnya, adalah dari kemerosotan sejak 2200 BCE kepada fahaman Shamanisme Animistik atau fahaman Wuisme, selepas Confucius, yang telah dibantu oleh kedatangan Taoisme dan Buddhisme. Ia boleh dipertikaikan bahawa pandangan tentang syurga per se, sebagai prisip yang kreatif, dengan sendiri telah menjadi satu bantuan kepada sistem Indo-Aryan memasuki China pada Millennium pertama sebelum era semasa.
Penciptaan Dari kekacauan zaman purba dan Tuhan Pertama
Dalam perluasan dalam struktur kosmologi penciptaan dari kekacauan pada bahan zaman purba, satu bentuk yang sama dengan golongan Scandinavia Ymer (lihat H. A. Geurber Myhts of the Norsemen) telah dicipta di Cina, beberapa orang berkata bahawa ianya diciptakan oleh Majestrit Ko Huang, seorang penganut Taois dan penulis kepada Shen hsien cuan (Biograpi tuhan-tuhan), pada kurun keempat CE. Dinamakan P’an Ku, dia dikatakan adalah keturunan asal dari dua kuasa alam dan maksud namanya: P’an – kerang telur dan Ku – untuk melindungi atau keras, oleh itu wujud sejak kekacauan pada zaman purba lagi. Tidak ada catatan kedua-dua entiti ini atau konsep seperti itu dalam golongan Cina yang bukan penganut Buddha sebelum pengungkapan Taois ini. Entiti ini seolah-olah menggabungkan konsep-konsep Buddha yang diadaptasikan dari mitologi golongan Kasdim yang mana memegang matahari dan bulan di dalam tangannya atau memerintahkannya dari laut Han mengikut perintah Buddha. Dongengan tentang penciptaan yang disebut oleh Lieh Tzu menceritakan pengganti kepada lagenda Fu His yang didakwa memerintah dari tahun 2953-2838 BCE. Nu Kua Shih yang juga disebut Nu Wa dan Nu His, dikatakan pernah menjadi ‘saudara perempuan’ dan pengganti kepada Fu His dan menjadi pencipta kepada makluk manusia apabila bumi ini wujud dari kekacausan pada zaman purba dahulu. Jantinanya tidak dapat ditentukan kerana tokoh ini kedua-duanya dirujuk sebagai lelaki dan perempuan. Ia kadang-kadang adalah badan seekor ular dan kepala lembu jantan atau, menurut kepada beberapa penuilis, kepala menusia dan tanduk lembu jantan. Ssu-ma Cheng (kurun yang ke-8) penulis kepada Catatan-catatan Sejarah dan penulis kepada satu lagi karya tentang tiga kaisar lagenda yang besar, Fu His, Shen Nung dan Huang Ti memberikan catatan berikut megenainya:
‘Fu Hsi telah digantikan oleh Nu Kua, yang mana sama seperti dia mempunyai nama keluarga Feng. Nu Kua mempunyai badan ular dan kepala manusia, dengan sumbangan yang luhur dari cendikiawan ilahi. Menjelang akhir pemerintahannya, terdapat di kalangan putera-putera feodal Kung Kung yang berfungsi sebagai administrasi penghukuman. Kejam dan bercita-cita tinggi, dia menjadi pemberontak, dan cuba menggunakan pengaruh air untuk mengalahkan pengaruh dari kayu [tempat di mana Nu Kua memerintah]. Dia tidak berperang dengan Chu Jung [dikatakan sebagai satu daripada pelayan Huang Ti, dan kemudian tuhan api], tetapi tidak berjaya; dimana sejurus itu dia membendur kepalanya terhadap Gunung yang tidak sempurna, Pu Chou Shan, dan menjatuhkannya. Bumbungan langit telah terkoyak dan sudut-sudut bumi musnah. Selepas ini Nu Kua telah meleburkan batu-batu dari lima warna untuk memperbaiki langit tersebut, dan memotong kaki kura-kura untuk menegakkan empat kaki bumi. [petikan dari the dwarves in the Scandinavian myth]
Mengumpul abuk dari alang-alang, dia menghentikan air bah, dan justru itu menyelamatkan tanah Chi, Chi Chou [ pendudukan awal kedaulatan orang Cina]
Satu lagi catatan yang memgasingkan nama dan membuat Nu dan Kua saudara lelaki dan saudara perempuam, menggambarkan mereka sebagai satu-satunya makluk manusia yang wujud. Pada waktu penciptaan mereka telah ditempatkan di kaki Gunung K’un-lun. Kemudian mereka berdoa dengan mengatakan ‘Sekiranya Allah yang Besar telah mengutus kami sebagai suami isteri, asap dari korban kami akan tetap berada di satu tempat; tetapi sekiranya tidak, ia akan asap ini akan menyebar.! Asap tersebut tidak bergerak. Tetapi walaupun Nu Kua telah dikatakan telah membentuk manusia yang pertama (atau makluk manusia yang pertama) daripada tanah, ianya perlu diperhatikan bahawa, hanya menjadi pengganti kepada Fu His, satu jajaran panjang pemerintah telah mendahului dia, yang mana tidak ada catatan yang diberikan mengenainya dan bahawa, mengenai langit dan bumi, sekurang-kurangnya dia dianggap sebagai pembaik pulih dan bukan penciptanya (Werner, ms. 81-82).
Pelbagai lagi kosmologi entiti yang lain telah disarankan disepanjang sejarah orang Cina dan semuanya telah membuat percubaan palsu untuk mewakili kosmologi yang asli. Dari pertengahan zaman Kekeliruan (500 BCE) sehingga sekitar 400 CE para cendikiawan Cina telah mencuba untuk menjelaskan keasalan alam semesta dalam kosmologi dualis daripada struktur Yang dan Yin yang dikembangkan dari terjemahan dari I Ching dan karya yang lain. Sistem dualis ini merupakan satu struktur jiwa fahaman teisme yang murni dan membenarkan fungsi-fungsi roh sebagai dua individu di dalam roh atau jiwa, atau makluk animistik selepas kematian. Sekiranya ianya dijadikan formal dari Confucius, ia adalah bodoh untuk mengatakan bahawa orang Cina tidak mempunyai struktur dalam menjelaskan penciptaan dan peranan manusia pada jangka masa yang lama dari 2356 BCE bersama dengan catatan golongan Confucian dari pemerintah pertama Yaou, yang mana mendahului air bah yang besar di Cina Utara dibawah Shun. Ianya tampak bahawa orang Cina telah merosok dari bentuk fahaman Monoteisme, yang mana difahami sebagai dua aspek roh dan benda.
Transmisi Dalil golongan Confucian adalah hal yang bukan mudah dan tidak menarik, seperti di dalam teologi, ia telah tertakluk kepada banyak cubaan untuk menterjemahkannya semula dan banyak terjadi kemarahan di antara golongan konservatif, cenderung untuk mengekalkan kebenaran dalam bentuknya yang lama dan percubaan yang progresif untuk mencari ekspresi baru dari kebenaran tersebut. Proses ini telah diulas oleh R. P. Kramers dalam “Conservatism and the Transmission of the Confucian Canon – A T’ang Scholars Complaint” dalam JOURNAL OF ORIENTAL STUDIES Jilid II, Jan 1955, No. 1, Hong Kong University Press, Hong Kong, ms. 119-132. Kramers berkata:
Kejarajaran dengan teologi, bagaimanapun tidak boleh dikekalkan dengan konsisten. Dalam satu perkara, sejak kewujudannya semasa bekas dinasti Han, agama negara orang Cina dan kerajaan empayar telah saling berhubungan bersama dengan kuat. Mungkin kita menyifatkannya seperti Otto Frank dalam sejarahnya yang besar dalam empayar Cina , dengan istilah ‘church-state’. Akibat yang praktikal daripada keadaan ini adalah bahawa, menurut kepada tuntutan penuh sistem terhadap kehidupan, satu-satunya cara untuk menjadikannya resmi adalah pengetahuan tentang sumbernya: Buku Undang-undang resmi. Adunan iman dengan ekonomikal dan atas segalanya, motif politik di dalam pergelutan dasar teologi, oleh itu, lebih terbukti pada orang Cina daripada sejarah barat.
Abad-abad dari pertengahan era Han yang dahulunya sehingga dinasti Chin terutamanya, kira-kira dari 100 BC sehingga AD 300, telah menguasai daerah ini melalaui persaingan denga sekolah-sekolah terjemahan, semuanya berusaha dalam tahap keikhlasan yang berlainan untuk mencapai akuan resmi dalam dasar pandangan mereka, kadang-kadang mengecualikan pandangan orang lain. Malah ia mengambil masa berabad-abad lamanya sebelum perundangan itu sendiri dibetulkan, apatah lagi penguraian resminya.
Kramers juga mencatatkan, bahawa oleh kerana jumlah yang terhad bagi mereka yang menumpukan pembelajaran Perundangan resmi yang mungkin menjadi golongan cendikiawan, kaedah terjemahan tidak begitu besar. Pada zaman awal Han, satu kaedah pembelajaran yang popular telah muncul yang dikenali sebagai chang-chu, secara literal perenggan dan ayat, atau seperti Dubs menterjemahkannya, jilid dan ayat, kerana pertaliannya dengan praktis keagamaan yang umum untuk menyebut konteks dan oleh itu menyalahtafsirkan konsep besar yang terbabit. Pernyataan Kramers tentang dialog yang ditulis oleh Yuan hsing-ch’ung (653-729), mendemonstrasikan bahawa terjemahan terhadap perundangan resmi mengikut jilid dan ayat dan pembelajaran esoterik telah mengakibatkan kemusnahan kepada terjemahan yang dilakukan sebelumnya atau terjemahan lama. Kramers seterusnya menyatakan (dalam pernyataan 34 pada ms 126) bahawa ia adalah Tzu-chun (m. 23CE), yang telah memperkenalkan Chou-li dan Tso-chuan sebagai teks-teks perundangan resmi. Pengambil-alih kuasa Wang Mang telah mengambil Chou-li bagi ideologi negerinya, dan oleh itu ini adalah permulaan kepada kontroversi ‘Teks Lama’ – ‘Teks Baru’. Teks Baru merujuk kepada perkara yang dicatat di dalam tulisan yang ada pada waktu itu dari permulaan zaman Han. Teks Lama pula merujuk kepada tulisan yang ditulis pada zaman kuno (sebelum Han) dan didakwa bahawa ianya telah ditemui semula (lihat Tjan Tjoe Som, Po-hu t’ung Leiden, 1949, Bahagian I, ms. 137-145 dan juga biaorafi Liu Hsin dalam Ch’ien Han-shu, 36.33b et seq). Apa yang kita lihat dari karya Kramers adalah bahawa terdapat satu konsep perundangan dan karya apokripal yang melibatkan kosmologi dan teologi yang mana tertakluk kepada banyak perselisihan dan melibatkan sistem jemaat-negara, yang mendapat keseimbangan di bahagian Barat dan yang mana telah mengubah pemahaman kuno.
Fahaman Taoisme
Dari Dualisme kepada Tao yang Tunggal
Semasa sejarahnya yang sekian lama dan pendedahan kepada golongan Dukun nomad dan dari pengaruh golongan Indo-Aryan, struktur dualis telah dijadikan resmi untuk menempatkan roh dalam dasar manusia, di dalam bentuk manusia kemudiannya bagi tujuan transmigrasi dan inkarnasi semula. Fahaman dualisme pada golongan Cina dalam milenium pertama sebelum zaman ini, adalah disatukan oleh Lao-tse, pelopor kepada fahaman Taoisme, ke dalam satu kewujudan yang utama atau Tao tidak mempunyai kesedaran atau tujuan seperti kritik-kritik awal mengenainya (lihat Historian’s History, ms 530) supaya semua perkara ditaklukkan bersama di bawah satu prinsip yang tertinggi. Struktur seperti ini sememangnya secara lojik adalah fahaman monism untuk mengekalkan apa sahaja keabadian yang tidak bersyarat, atau jika tidak, ia dikurangkan kepada bentuk elitis dari fahaman politeisme (seperti dikenal pasti dalam karya Cox Creation dll. Ibid) dan dibincangkan dengan terperinci dibawah. Kita akan meneliti fahaman Taoisme. Bagaimana pun, ianya harus diingat seperti Terweil telahtunjukkan, bahawa perbincangan tentang ahli falsafah dan ahli teologi membuat sedikit impak kepada orang ramai, dan bahawa di dalam hati mereka tetap penganut animis, atau pada satu ketika dulu bergabung dengan intuitif fahaman monoteisme, yang mana telah dimusnahkan oleh bentuk-bentuk Animisme yang tetap ke dalam panteon keperibadian tuhan-tuhan. Lao-tse, seperti Brahman di India, tinggal dalam kesunyian dan dia mengajar tentang kontemplasi kehidupan.
Kepercayaan terhadap mukjizat dan ilmu ghaib, yang mana tersebar dari sistem Tao, telah mencapai klimaknya di dalam fahaman Shamanisme (Kedukunan) orang-orang Altai (Historian’s History, ms. 530)
Cadangan bahawa fahaman Shamanisme mendapat ilmu ghaibnya dari fahaman Taoisme, telah ditolak. Fakta yang ada di sini adalah bahawa fahaman Taoisme telah mengembangkan bentuk-bentuk yang terdapat di kalangan Dukun-dukun Altai dan dikenali oleh orang Cina sebagai ‘Wu[ism].
Serangan yang paling sistematik terhadap sekolah fahaman dualisme Yin Yang, yang mana mencapai kelebihannya yang terbesar di bawah Sekolah Teks Baru di dalam Dinasti Han, adalah Wang Ch’ung (CE 27-ca 100) yang mana merupakan seorang cendikiawan bagi Teks Lama. Dia secara sistematik menyerang dari segi teorinya dan terutama doktrinnya yang mempunyai interaksi di antara sorga dan manusia, sama ada secara teologi atau pun mekanikal. (Lihat Fung Yu-lan ms. 21 dan seterusnya dan di bawah bagi analisi yang lebih mendalam). Fakta yang penting di sini ialah dia membuka jalan kepada kebangkitan fahaman Taoisme kira-kira satu abad kemudiannya. Cina mempunyai sekolah falsafah yang berlebihan di kalangan kelas pemerintah, yang diistilahkan Legalist School (Sekolah Golongan Undang-undang) dan konsolidasi empayar di bawah Ch’in telah memperlihantkan kelebihan yang paling menyesakkan, dan empayar tersebut lemah. Di bawah ajaran Lao-Tzu, fahaman Taoisme telah dikembangkan sebagai satu falsafah. Ianya tidak demikian sehingga abad yang kedua CE yang mana Taoisme telah menjadi satu agama. Justru itu, terdapat dua bentuk yang mengembangkan Tao chia dan Tao chiao atau Taoisme sebagai falsafah dan Taoisme sebagai agama. Kebangkitan Taoisme pada abad yang kedua adalah kebangkitan falsafah yang diistilahkan neo-Taoisme (Fahaman Taoisme yang baru) dan bukan agama, yang mana adalah baru.
Mendahului ini, pada abad yang pertama CE, fahaman Buddhisme telah memasuki Cina dari India melalui Asia Tengah (Fung Yu-lan, ms 211). Demikian juga Buddhisme berbeza di antara fahaman Buddhisme sebagai satu agama, Fo Chiao, dan Buddhisme sebagai satu falsafah, bagi hsueh. Buddhisme sebagai satu agama telah memberi peranan besar untuk menginspirasikan formulasi Taoisme sebagai satu agama.
Agama Taoisme sebagai satu iman yang asal setempat, telah merangsang dengan besar terhadap perkembangannya oleh golongan sentimen nasionalis yang melihat dengan marah kejayaan pencerobohan ke atas Cina oleh agama asing Buddhisme. Oleh beberapa orang, sesungguhnya Buddhisme dianggap sebagai satu agama golongan yang tidak bertamadun. Keagamaan Taoisme, dalam beberapa segi, telah bertumbuh sebagai satu kepercayaan yang asal menggantikan Buddhisme, dan dalam proses ini, ia meminjam aspek-aspek yang besar termasuk institusi, upacara dan malah bentuk dari sebahagian besar dari tulisan kitabnya, dari lawan asingnya. Tetapi selain Buddhisme sebagai satu agama yang dibentuk sebagai institusi, ada juga terdapat fahaman Buddhisme sebagai satu falsafah. Dan sementara agama Taois menentang agama Buddhisme, falsafah Taois mengambil falsafah Buddhisme sebagai sekutunya. Fahaman Taoisme, yang pastinya adalah lebih bersifat keduniawian daripada fahaman Buddhisme. Walau bagaimanapun, beberapa persamaan terdapat di antara bentuk-bentuk mistisisme ini. Justru itu, Tao dari Taoism telah diterangkan sebagai yang tidak boleh disebut, dan ‘real suchness’ atau realiti Buddhis yang sebenarnya juga dijelaskan sebagai sesuatu yang tidak boleh dilafazkan. Bukan satu, bukan banyak, bukan tidak satu, mahupun bukan tidak-banyak. Terminologi seperti ini mewakili apa yang dipanggil dalam orang Cina ‘thinking into the not-not’ (‘berfikir kedalam perkara yang bukan-bukan’) (ibid, ms. 212)).
Pada abad yang ketiga dan keempat, ahli-ahli falsafah Taois sering bersahabat dengan sami-sami Buddha. Para cendikiawan ini selalunya berpengetahuan di dalam sutra pengikut Buddha dan sami-sami pula berpengatahuan dalam teks-teks pengikt Taois terutamanya Chuang tzu. Mereka selalunya berbicara di dalam bahasa Ch’ing t’an atau percakapan yang asli yang mana mengurangkan komunikasi bukan-lisan untuk mencapai subjek bukan-bukan atau sangkalan dari sangkalan, yang mana menjadi Ch’an atau Zen secara lazim dengan tidak boleh dielakkan lagi. Ch’an adalah sesungguhnya adalah cabang kepada fahaman Buddhisme orang Cina, yang mencampurkan kedua-dua sistem. Seseorang akan mengingati catatan Terweil mengenai pengasingan ini atau perbezaan di dalam fahaman Buddhisme di mana sebenarnya orang ramai terus kekal menjadi animis dalam hatinya, dan tatacaranya di bahagian selatan adalah pengikut Buddha Tantrik.
Seperti yang disebut, empayar telah menjadi lemah di bawah ketegaran Ch’in, dalam penguasaannya terhadap pengendalian setempat dan tempat asing dan ideologinya adalah berdasarkan Sekolah golongan Undang-undang. Oleh kerana itu, apabila Ch’in menjadikan semua orang mempersalahkan para golongan undang-undang kerana keterlaluan mereka dan langsung tidak memperdulikan kepentingan hati manusia dan kebenaran, yang diteladankan oleh Sekolah Confucian. Empayar Wu, selain dari mengeluarkan dalilnya, ia membuat fahaman Confucianisme menjadi satu ajaran.
Juga didalilkan di dalam 141 BCE bahawa semua orang yang telah mahir dalam falsafah Shen Pu-hai, Shang Yang dan Han Fei (ketua-ketua Sekolah golongan Undang-undang) dan juga Su Ch’in dan Chang Yi (ketua-ketua Sekolah Diplomat), harus ditolak dari jawatan kerajaan. (Lihat History of the Former Han Dynasty, bab 6.) (Fung Yu-lan, ms 213).
Penyingkiran yang paling jauh dari Sekolah Legalis adalah golongan pengikut Confucius dan Taois. Justru itu, apabila golongan undang-undang dipersalahkan kerana keterlaluan dalam Ch’in. falsafah ini mendapat manfaat di dalam anti-reaksi. Falsafah orang Cina mengalami kerosakan yang serius, yang mana ia adalah negatif pada dasarnya. Pendekatan terdekatnya terhadap analisis positif seumpama ini yang terdapat di Barat, adalah di dalam Schools of Names (Sekolah Nama-nama). Bagaimana pun, ini adalah perkara yang perlu analisi yang lebih mendalam. Di sini, ianya cukup untuk mencatatkan bahawa bentuk-bentuk sifat negatif telah meluas dalam fahaman Taoisme kepada konsep tindakan pelaksanaannya. Dalam falsafah politik fahaman Taoisme:
Kerajaan yang baik bukanlah kerajaan yang melakukan banyak perkara, tetapi melakukan seboleh-bolehnya sedikit perkara. Oleh kerana itu, sekirant raja yang bijaksana memerintah, dia harus cuba membuka semua efek yang jahat yang disebabkan oleh pemerintahan keterlaluan oleh pemerintah sebelumnya. Ini adalah sesungguhnya apa yang diperlukan oleh orang pada zaman awal Dinasti Han, kerana satu daripada masalah Ch’in adalah mempunyai kerajaan yang keterlaluan. Oeh ituapabila pelopor dinasti Han, kaisar Kao tsu, telah memimpin tenteranya revolusinya yang berjaya kearah Ch’ang-an, yang merupakan pusat Ch’in dalam daerah Shensi, dia mengumumkan kepada orang ramai ‘kontrak tiga-perkara’ yang dia ada: Orang yang melakukan pembunuhan akan mendapat hukuman yang setimpal; mereka yang mencederakan atau mencuri akan juga dihukum; tetapi disamping ketetapan yang mudah ini, semua undang-undang yang lain serta peraturan-peraturan dalam kerajaan Ch’in akan dibubarlan (Historian Records, bab 8). Dengan cara ini pelopor kepada Han telah mempraktikkan ‘pembelajaran tentanh Huang dan Lao’, walaupun tidak ada keraguan, bahawa dia tidak begitu sedar tentang fakta resebut (Fung Yu-lan, ms. 213).
Justru itu, perkembangan fahaman Taoisme adalah berjajaran dengan keperluan para pemerintah pada era awal dinasti Han. Sementara Han menakluki bangsa-bangsa di sebelah barat sehingga Caspian dan bergerak ke arah selatan, mereka memudahkan pergerakan tersebut di dalam bentuk Buddhisme ke dalam Cina yang paling serasi dengan kosmologi dan falsafah. Bahawa falsafah-falsafah ini berada di dalam persetujuan bukan bererti bahawa golongan animis yang banyak akan menerima barangan import asing tanpa reaksi. Sistem ini kemudiannya disinkretiskan (disatukan dasar) kepada bentuk-bentuk fahaman animisme di bahagian utara, yang menjadi bentuk Shamanisme (Kedukunan)di Cina yang dikenali sebagai Wu. Justru itu, Wuisme, yang telah dipersembahkan sebagai yang berpindah-randah oleh kemusnahan Ch’in dari dasar feodal, telah menjadi dukun bagi orang ramai, sebagai ulama dan paderi dalam Buddhisme dan Taoisme. Bagaimana pun, Wu ini lebih diterima di dalam bentuk tunggal orang Cina, atau lebih betul Monisme yang dkenali sebagai agama Taois dan falsafah Taois yang baru. Bagaimana pun, Orang ramai masih kekal menjadi animis dan shamanis (pengikut kepada kedukunan).
Taois Monoteisme-Palsu
Penyembahan kepada entiti utama langit sebagai T’ai I, yang Maha Besar, atau Kesatuan yang Besar, telah diserapkan oleh Kaisar Wu Ti (140-86 BCE) dari Dinasti Han dan kuil-kuil dedikasi untuknya boleh didapati di tempat-tempat berlainan di Cina di kurun yang kedua puluh. Penyembahan tersebut telah diserapkan melalui cadangan imam Taois, Miao Chi, dalam pencarian Kaisar untuk keabadian. Pengenalan semula telah dinodai oleh dasar ajaran Taois dan dia telah diwakili dengan pelbagai seperti:
Pemerintah kepada Lima Langit yang tertinggi, benda kosmik sebelum ianya ditetapkan kepada bentuknya yang kukuh, Tritunggal Roh Sorga, bumi, dan Tai I sebagai tiga entiti yang berasingan, satu roh yang tidak diketahui, Roh kepada Bintang Tunjang, dll. Tetapi secara praktikal Taois menghadkan T’ai I mereka kepada T’ai Chen-jen yang mana manusia sempurna mereka gambarkan gagasan abtrak yang berunsur falsafah (Werner, ms. 144).
Pengikut Taois percaya bahawa Allah Kekekalan adalah Mu Kung atau Tung Wang Kung, juga dipanggil I Chun Ming dan Yu Huang Chun, Putera Yu Huan. Dia adalah makluk hidup yang pertama yang dijadikan oleh wap selepas masa ketidakaktifannya berikutan masa pembekuannya. Mu Kung adalah unsur yang paling murni dari udara Ketimuran dan tertinggi dari golongan lelaki aktif atau Prinsip Yang dab tertinggi dari semua negara di Timur. Istananya berada di awan-awanan dan hambah-hambahnya adalah Hsien Tung, Remaja yang Abadi, dan Yu Nu, Perawan Permata. Dia menyimpan catatan golongan lelaki dan perempuan yang abadi. (Werner, ms. 136). Rakan imbangannya ialah Dewi His Wang Mu, dewi kepada Udara Barat di benua Shen Chou. Dia selalunya dipanggil Ibu Emas kepada Kura-kura. Nama keluarganya diberikan dengan pelbagai seperti Hou, Yang atau Ho. Namanya sendiri adlah Hui dan nama pertamanya ialah Wanchin. Dia mempunyai sembilan anak lelaki dan dua puluh empat anak perempuan. Dia mewakili Yin yang pasif atau prinsip golongan perempuan. Dua makluk ini telah bersama menerbitkan hidup dan semua yang wujud.dia adalah ketua tentera jin yang diam di Gunung K’un-lun, yang mana bersamaan dengan Buddhis Sumera dalam Taois. (Werner, ms. 136-137) K’un-lun Shan boleh dikenal pasti dengan Hindu Kush dan bukan jarak yang memisahkan orang Cina Turki menurut Werner (ms. 16-17). Gunung-ganang ini adalah tempat kediaman tuhan-tuhan yang mana merupakan nenek moyang kepada orang-orang Cina. Jin ini sudah tentu adalah roh nenek moyang yang berjasa sebagai satu bentuk ulama. (Kita mungkin boleh catatkan bahawa Jupiter di atas Capitoline adalah satu pohon ara yang juga mewakili jin-jin lelaki dari negeri Roma). Lokasi ini datang bersama dua teori keasalan, orang Asia Tenah dan orang Asia Barat. Lagenda K’un-lun muncul daripada keasalan Taois dan muncul sebagai Sumeru dari Mitologi Hindu yang dipindahkan ke dalam lagenda orang Cina sebagai sumber kekekalam dan sumber dari empat sungai yang besar di dunia. Para cendikiawan pada masa lampau telah tertipu dengan tanda yang bertalian di antara orang Cina dan tamadun orang Kasdim dan perhubungan budaya dan telah cuba untuk mengasingkan jalan transmisinya. Ianya cukup untuk mengenal pasti di dalam Nu Kua, satu daripada pencipta, dan identifikasi Nu dan Kua sebagai makluk manusia yang pertama, yang mana semuanya ditempatkan ke atas K’un-lun, nabi Nuh dan veritah tentang air bah. Sesungguhnya nama Nu adalah bahasa Aramaik Timur dan kemudiannya menjadi bentuk Arabik bagi Nuh. Dia masih dirujuk sebagai Nabi Nuh. Lebih menarik lagi, ialah melalui pembacaan kisah kejadian yang betul mengesahkan bahawa identifikasi Gunung Ararat dengan Ararat dalam Alkitab adalah mustahil, kerana ianya diletakkan di dataran Shinar dan lebih dekat dengan Hindu Kush dan bukan di sebelah utara di mana Gunung Ararat pada masa sekarang. Keasalan lagenda Taois telah memusnahkan keasliannya sebagai bukti yang langsung tetapi kajian tentang pergerakan orang-orang jarang ditegaskan dengan jelas. Pola di dalam senaria abad yang kesembilan belas telah didirikan, yang mana salah secara lojik dan sejarah, berdasarkan konstruksi semula sejarah alkitabiah oleh Augustine dari Hippo, seperti yang ditunjukkan di dalam karya Penciptaan (ibid). Ramai cendikiawan moden telah dirintangi oleh pernyataan palsu yang dibuat pada abad yang kelima dan abad-abad yang seterusnya. Pemahaman tentang zaman kuno agak berbeza seperti yang ditunjukkan. Bagaimana pun, ianya mengikuti sebagai satu pengamatan dasar bahawa persamaan mungkin berasal dari satu sumber dan mungkin juga dari pola yang telah berubah. Pengikut Taois tidak mungkin telah mengadaptasikan satu kosmologi yang mereka tidak percaya dan yang mana tidak menurut dengan sejarah mereka serta pemahaman mereka. Ia adalah proses deduksi yang paling dasar, dengan mengenal pasti agama dasar orang-orang Uralic sebagai Shamanisme (Kedukunan), seperti yang kita telah perhatikan di sini, berikutan dengan karya Eliade. Melihat kepada penyerapan sistem nomad ke atas fahaman Animisme golongan Kasdim yang tetap, di India dan dari sini ke semua Asia, ianya mudah difahami bagaiman sistem ini telah diadaptasikan dan disinkretiskan (disatukan sebagai satu fahaman) atas satu dasar yang berulang.
Satu lagi pengenalan semula tentang konsep tuhan tertinggi sebagai raja keatas tuhan-tuhan telah diperkenalkan oleh penipuan semasa dinasti Sung oleh Kaisar Ch’eng Tsung selepas dia dipaksa untuk menandatangani satu persetujuan damai yang memalukan dengan golongan Tungus (atau golongan Kitan) pada 1005 CE. Untuk mencegah dari kehilangan sokongan dari bangsa demi dinasti tersebut, dia telah membuat, atas nasihat menterinya yang licik, Wang Ch’in-jo, satu konsep bahawa dia mempunyai komunikasi terus dengan tuhan-tuhan di langit, iaitu Yu Huang, yakni ‘Kaisar Permata’ dan juga Yu-huang Shang Ti, yakni ‘Kaisar Tinggi August yang Sejati’.
Kaisar tersebut telah mengumumkan tuhan sedia ada ini pada bulan yang kesepuluh dalam 1012 CE dan telah mengeluarkan meseja palsu dari nenk moyangya Chao atau T’ai Tsu, yakni pelopor kepada dinasti. Dewa ini yang mana telah menerima banyak gelaran dan telah menjadi tuhan yang paling popular, telah menyebabkan beberapa pengenalan yang salah terhadap orang-orang Kristian yang ada kemudiannya, apabila digabungkan dengan konsep Tritunggal Taois yang dipinjam dari Indo-Aryan. Orang-orang Kristian yang ada selepas itu telah cuba untuk dikenali sebagai Kristian pada konsep yang sama, yang mana mereka sendiri telah meminjam dari Indo-Aryan melalui pemujaan Misteri yang dikenal pasti sebelum ini. Ianya mungkin dari pendirian semula yang terjadi kemudiannya, yang mana dengan jelas telah dimusnahkan oleh kosmologi Indo-Aryan, di mana pengenalan bagi orang-orang Kristian yang ada kemudiannya telah dibuat. Apa sahaja halnya, ianya telah diambil-alih oleh fahaman Animisme seperti fahaman Wuisme dan penyembahan moyang telah menjadi kuasa yang kuat di Cina sehingga pada masa sekarang.
Bentuk-bentuk Dewi Ibu
Sistem Dewi-dewi ibu telah menyerap ke dalam Cina dalam dua bidang, satu di dalam fahaman Buddhisme seperti yang kita lihat sebagai dewi Kuan Yin. Dalam Taoisme dia menjadi dewi Tou Mu, Dewi Bushel atau Dewi Bintang Utara, dan disembah oleh pengikut Taois dan juga Buddha. Werner menyatakan bahawa dia Maritchi orang India, dan bahawa dia dijadikan bintang diviniti oleh Taois dan mempunyai kedudukan yang sama seperti Kuan Yin. Dia dijadikan Ratu Kutub, yang menduduki istana Tou Shu, paksi kepada Kutub tersebut, kerana semua bintang-bintang yang lain berputar di sekelilingnya dan dia memegang gelaran Ratu kepada Doktrin Langit Primitif. Dia mempunyai sembilan anak lelaki yang mempunyai istana di bantang-bintang yang berdekatan.
Tou Mu memakai mahkota Buddhis, yang duduk di atas takhta seraja, mempunyai tiga mata, lapan belas lengan, dan memegang beberapa objek yang penting pada tangannya yang banyak, seperti panah, lembing, pedang, bendera, kepala naga, pagoda, lima kereta kuda, cakera matahari, cakera bulan dll. Dia mengawal buku-buku tentang kehidupan dan kematian, dan yang mahu memperpanjangkan hari penyembahan di tempat sucinya (Werner, ms. 144-145).
Pertalian di sini adalah yang paling jelas dan paling asas. Lokasi kutub adalah paksi berunsur sihir, mundi atau pusat dunia, sebagai satu kutub dunia atau tiga tema. Sembilan anak lelaki mewakili sembilan penaikan yang dikendalikan oleh satu tuhan dalam setiap pendakian. Ia adalah dasar fahaman Shamanisme yang paling asas, tetapi ia telah diadaptasikan untuk meliputi sistem Matriks Buddhis, yang mana ia sendiri adalah adaptasi fahaman Shamanisme. Dua daripada anak lelakinya adalah busyel Utara dan Selatan; yakni yang selatan berpakaian merah, menguasai kelahiran; yang utara berpakaian putih menguasai kehidupan. Werner dalam rujukannya terhadap mereka, melibatkan kutipan tersebut:
‘Esau yang muda didapati di Gunung Selatan, di bawah pohon, bermain chess, dan dengan memberikan daging rusa jangka kehidupannya telah dipanjangkan dari sembilan belas ke dua puluh sembilan tahun’ (ibid., ms. 145).
Bentuk dewi ibu melafazkan dirinya juga, seperti yang dijangkakan dalam pemujaan Ibu Bumi, di mana dia disembah sebagai Hou-t’u. Tuhan-tuhan Tanah dan Tumbuhan yang menyertai atau She-chi dan tuhan Pertanian sebagai Shen Nung terdapat di Cina, kerana semua mereka ini adalah di dalam sistem animis di manapengolahan digunakan. Terdapat juga jajaran Panteon Hindu\Buddhis sebagai pelindung bagi orang. Dewi serta tuhan pelayar, Tien-hou dan An-kung, dikenal pasti bersama dengan Buddha pelaut yang disebut dalam bab 6. tuhan kota atau kota yang dibenteng mewakili sebagai Ch’eng-huang. Semua Ch’eng-huang dari setaip kota mempunyai satu ‘Persidangan Penghakiman’ angkasaraya atau Kementerian Keadilan dengan Ch’eng-huang menjadi ketuanya. Korban-korban telah dipersembahkan kepada dewa ini di semua negara sejak dinasti Sung dan keasalan praktik ini berasal dari Kaisar Yao, yang didakwa pada 2357 BCE (Werner, ms. 165).
siapa yang memulakan korban yang dipanggil Pa Chan dalam penghormatan kepada lapan roh, yang mana yang ketujuh, Shui Yung, yang bererti, atau berhubungan kepada bendungan dan benteng yang dikenali kemudiannya sebagai Ch’eng-huang (ms. 165-166).
Sistem bendungan dan benteng ini telah digunakan dalam kota yang dibenteng dengan dua tembok dan bentungan tanah dalaman. Seperti yang dipercaya oleh Fung Yu-lan, sejarah awal Cina lebih meluas melalui dongengan, tetapi dongengan ini mempunyai keasalan yang sama dengan pernyataan Sumer tentang air bah dan berhubungan dengan dongengan kuno sebelum-Sung. Praktik ini menyokong satu kesamaan dengan suku kaum Semitik barat atau keasalan Indo-Aryan, yang sudah pasti sebelum Sung, yakni 960 CE. Penciptaan dongengan dalam Sung telah dimusnahkan oleh fahaman materialisme pengikut Confucian yang baru pada masa itu dan dongengan baru telah dicipta dari zaman ini. Pernyataan ini telah menjadi adaptasi kepada orang Muslim atau pengembara Kristian yang awal dari abad yang pertama sehingga yang kelapan, atau satu sinkretisme (penyatuan) dari konversi Hui-Hui kepada Islam. Kosmologinya dan antikuiti harus tidak mudah dipindahkan kepada zaman sekarang dan telah memberi reflek konsep milenium yan kedua, sebelum zaman sekarang atau zaman yang lebih awal, yang mana mereka bawah ke dalam Cina dalam satu kosmologi yang lebih mudah seperti yang kita lihat di dalam I Ching.
Imam Besar Taois
Fahaman Taoisme memberi refleks kepada sistem Buddhisme dalam beberapa cara (dan dalam satu cara secara umumnya memberi refleks kepada sistem Indo-Aryan), dan itu adalah di dalam jabatan penolong wali atau jeneral dalam Kaisar Pearly di langit. Ketua asal atau Paus seperti Werner merujuk dia, Chang Tao-ling, telah lahir pada 35 CE dalam pemerintahan Kaisar Kuang Wu Ti dari Dinasti Han. Dari ulasan Hsiang-er tentang Chang Tao-ling di dalam muzium British (s.6825) kita tahu bahawa dia telah mengambil bahagian dalam menguraikan Tao-te ching yang telah mengesahkan apa yang dikatakan oleh Tu Kuang-t’ing dari dinasti T’ang. Teks tersebut telah disunting oleh Ke Hsuan dari Wu (CE 222-27) dan dikenali sebagai teks Ke. Ianya digunakan dengan meluas dari Lao Tzu k’ai-t’i dari Ch’eng Hsuan-ying (CE 627-656). Perpecahan kesusasteraan Taois yang paling awal adalah Su Tan dari Tao te Ching (CE 270). Kita boleh mengembangkan dari dokumen ini (yang mana tidak mengasingkan dokumen ini ke dalam dua bahagian sebagai Tao-ching dan Te-ching, dan tidak menghilangkan butir-butir, membahagikan buku ke dalam jilid-jilid dan juga mencatatkan jumlah karakter) bahawa ianya tidak diambil dari teks Ke Hsuan, tetapi dari teks Ho-shang yang meluas pada akhir zaman Han di Timur (CE 220). Teks Ke Hsuan adalah satu teks yang diringkaskan dari Ho-shang yang terhad kepada 5000 karakter bagi tujuan mistikal atau numerologi. Terdapat sebab-sebab lain untuk menetapkan bahawa ini adalah berdasarkan Ho-shang dan bahawa manuskrip Su adalah karya Tao yang paling tua yang masih ada.
Jao Tsung-I mendalilkan bahawa sama ada:
1. Paus Taois, Chang Tao-ling sendiri telah memulakan praktik yang menggunakan gelaran T’ai-shang untuk dirinya sendiri yang mengadaptasikan gelaran T’ai-ch’ing hsuan-yuan. Justru itu T’ai-shang hsuan-yuan sebagai satu gelaran bagi Tao-te ching “mungkin berasal bersama dengan ‘Paus’”; atau
2. Dalam kesusasteraan Taois, Tao-te ching digolongakan di bawah divisi T’ai hsuan, bersesuaian dengan ‘misteri yang ganjil’ yang mana membentuk subjek Lao-tzu. Salah satu cara ini, persoalan tentang Lao Tzu adalah dari fahaman mistisisme melalui pengalaman dan dari satu bentuk pertapaan, yang mana kita kaji secara falsafah sebagai satu struktur yang umum.
Satu kajian tentang teks Su dari Tiga Kerajaan, sebagai teks tertua yang masih ada dari Tao-te ching, ia merupakan satu kepentingan yang terbesar bagi pembelajaran fahaman Taoisme kuno dan pembelajaran ini juga menghasilkan kajian terhadap perubahan di dalam teks dari Kerajaan Wu sehingga Dinasti T’ang. (Jao Tsung-I “Manuskrip Su-Tan: A Study” Journal of Oriental Studie,s ibid., ms 68-71 terutamanya).
Dari masa Chang Tao-ling, ianya seolah-olah diluar kekeliruan bahawa fahaman Taoisme telah mula mengkhususkan dalam bidang penyembuhan, olahan mistikal dan ahli nujum, yang mana bukan sahaja mengagungkan kedudukannya dalam hati pengikutnya, tatpi juga mendorong dia kepada kekayaan. Dia dan dua daripada pengikutnya didakwa telah naik ke sorga di dalam sinar terang yang besar. Werner telah berupaya menulis pada 1922:
Paus yang ada sekarang angkuh dengan generasi silsilah tiga-angka yang tidak boleh dipecahkan. Keluarganya telah mendapat kemilikan dari gunung Naga-harimau di Kiangsi pada kira-kira 1000 SM.
Taois – Konflik Pengikut golongan Confucian
Fug Yu lan (A Short History of Chinese Philosophy, disunting oleh derk Bodde, Macmillan New York 1948) menyatakan bahawa fahaman Taoisme dan Confucianisme adalah berbeza, kerana ia adalah ungkapan rasionalisasi atau teoritikal dari aspek yang berbeza dalam kehidupan para petani. Para golongan petani hidup dengan sederhana dalam kehidupan mereka dan baik dalam fikiran mereka. Melihat perkara-perkara menurut dalam pandangan mereka, pengikut Taois menyesuaikan kesederhanaan dalam masyarakat primitif dan mengutuk tamadun. Mereka juga menyesuaikan kanak-kanak yang tidak bersalah dan memandang rendah terhadap pengetahuan. Lao-Tzu (Lao-tsu) (pada bab 80) mencari ‘negara yang kecil dengan pendudukan yang kurang’ dan mendorong untuk kembali kepada keadaan yang tidak berpelajaran, dengan bentuk kesenangan seperti mereka tidak akan pergi ke negeri-negeri jiran. Fahaman Taoisme boleh mencai matlamat seperti ini kerana fahaman mistisisme mereka yang hanya difahami oleh orang tertentu. Melalui kebaikan dari fahaman animismenya dan pergabungan dengan fahaman mistik Wuisme, ia adalah bertentangan pada perhatian golongan Confucian dari aturan negeri dan sikap manusia yang sempurna, di dalam struktur yang lebih awal dari keharmonian langit dan bumi. Fahaman Taoisme, sama seperti fahaman Buddhisme mencuba matlamatnya dalam keadaan yang kendur dan disangkal dan sebagai akibat cuba untuk mencaci struktur awal seperti yang diterjemahkan oleh Confucius.
Dongengan Sinkretik
Raja-raja Langit dan Dongengan Lain
Pengikut Taois tampak telah meniru sistem Diamond Buudhis, atau empat Chin-kang yang disebut sebelum ini bersama dengan Empat Raja Langit Ssu Ta T’ien-wang, yang tinggal di Gunung Sumeru (Hsu-mi Shan). Dinamakan sebagai Li, Ma, Chao dan Wen, mereka digambarkan memegang pagoda (kuil buddha), pedang, dua pedang dan lembing masing-masing. Penyembahan mereka telah bermula dari kemunculan kritikal upacara yang menguntungkan di dalam dinasti T’ang dan Sung (ibid.).
Sistem Buddhis di sebelah Utara (khususnya Matrix), seperti yang sudah dikaji sebelumnya, adlah adaptasi dari penaikan Shaman (dukun) kepada tuhan-tuhan. Perkara ini tampaknya telah memberi refleks di dalam Mitologi orang Cina selepas itu dalam bentuk yang lain, seperti lagenda Lapan Keabadian (tiga darinya adalah manusia sebenar ketika zaman lampau), yang mana adalah Taois dan tidak lebih awal daripada Dinasti Sung (960-1280 CE). Mereka mungkin adalah (menurut Werner pada ms. 288) dari Yuan atau Dinasti Mongol (1280-1386) membuat keasalan Kedukunan ini menjadi lebih diterima. Lagenda ini mempunyai elemen-elemen fahaman Shamanisme yang perlu, seperti pohon jin ulung yang luar biasa. Han Hsiang Tzu telah mencapai kekekalan selepas mendaki pohon tersebut dan jatuh. Dalam beberapa versi dia telah bertukar, yang lain pula mengatakan bahawa dia telah terbunuh dan berubah. Dia dikenali sebagai penggemar kepada pembelajaran tentang perkara yang diluar pemahaman biasa. Keabadian melakukan tugas yang didapati di dalam kesusasteraan Buddhis seperti merentasi lautan dll. Ia berhubungan dengan penyembelihan anak lelaki Dragon King (Raja Naga). Di bawah kosmologi Taois, terdapat satu tuhan kepada langit yang disebut Yu Huang yang mana dari atas sebagai manusia yang wujud-membuat tuhan, dan yang dipertanggung jawabkan ke atas semua Empat Raja Naga, di tempat dimana Lung Wang. Lagenda penunggu Gerbang Langit menunjukkan kosmologi dan juga konsep transmigrasi yang terlibat (Werner, ms. 305 dan seterusnya).
Naga-naga orang Cina
Konsep naga-nagajahat adalah yang diperkenalkan oleh Buddhis dan sebelum itu naga-naga tidak dilihat sebagai jahat sama sekali, tetapi malahan sebagai roh yang bermanfaat dengan kuasa ke atas air dan yang membantu ketetapn hujan dan kelimpahan. Werner memberi satu analisis tentang konsep ini dalam Bab VII “Myths of the Water” (Dongengan Air), ms. 208. dalam I Ching Naga mewakili langit atau prinsip Yang dan adalah perwujudan kepada kebaikan yang menyenagkan. Bentuk yang paling tinggi adalah yang telah dilambangkan oleh Heksagram “Ch’ien” yang mana enam garisan yang bergerak dinyatakan sebagai satu anak naga yang tidak berkepala. Perlambangan boleh dinyatakan secara lojik di dalam bentuk fahaman Monoteisme, di mana kepala naga-naga itu tidak ada kerana mereka bertindak dalam keserasian di bawah kehendak tuhan Langit. Konsep yang sama boleh didapati di dalam Alkitab, dimana Allah mengurangkan kuasa kepada dirinya sendiri dengan “memecahkan kepala-kepala naga” (Mazmur 74:13). Prinsip Yin yang negatif cuba untuk menyesuaikan dirinya terhadap lambang naga dari kuasa ilahi di garisan enam yang bergerak dari Heksagram Dua “Ku’un” di mana dua naga berjuang di padang belantara menumpahkan darah berwarna hitam dan kuning. Bagaimana pun, komentar yang didakwa oleh Confucius, menegaskan bahawa mereka berjuang kerana jumlah jasa mereka berkurangan. Struktur I Ching adalah secara lojik konsisten dengan fahaman Monoteisme bukan-trinitarian dari bentuk yang awal, bersama dengan konsep yang dikembangkan dan struktur yang mengingatkan fungsi Urim dan Thummin, alat-alat yang kudus dalam keimamatan Harun.
Dongengan Zaman Indo-Aryan
Pengenalan resmi bagi zaman kosmologi Indo-Aryan berlaku pada masa pemerintahan Shen Tsung (1068-86) dan berterusan semasa jangka masa sisa zaman Monarki sebagai penyembahan Tai Sui, roh yang merbahaya. Lapan Trigram dari I Ching seolah-olah telah diminimakan dan bersma dengan Lima Elemen dan Lima Warna, yang digunakan dalam penggabungan dengan pohon berunsur sihir dari dua belas cabang bumi dan sepuluh ranting langit untuk menempatkan kehadirannya dalam satu tahun Werner, ms. 197). T’ai Sui bersamaan dengan Jupiter, mengetuai ke atas tahun dan melewati melalaui dua belas mahligai perbintangan. Para ilahi memberikan gelaran “Grand Marshal” kepada dewa ini berikutan dengan contoh dari perampas Wang Mang (9-23 CE) dari Dinasti Han Barat yang memberikan gelaran itu kepada bintang-tahun (ibid., ms. 195). Dari di atas ianya dilihta bahawa Wang Mang dalam membentuk negerinya, ideologi secara besar-besaran tertarik kepada sistem di dalam Chou-li, diserap dengan Tso-chuan seabagi teks-teks Perundangan oleh Tzu-chun yang juga mati pada 23 CE. Ia tampak bahawa kosmologi baru ini adalah berdasarkan karya apokripal yang berbeza dengan sistem kuno dan ada kemungkinan bahawa sistem ini telah diadaptasikan oleh Han Barat untuk memudahkan pergerakan fahaman Buddhisme ke dalam Cina dari Asia Tengah bersama dengan penaklukan daerah-daerah barat dan satu sistem yang baru diperlukan untuk mencapai matlamat ini. Penyembahan tuhan T’ai Sui tidak disebut di dalam upacara T’ang dan Sung,
tetapi di dalam dinasti Yuan (AD 1280-1368) korban-korban dipersembahkan kepada dia di kolej para ahli sejarawan yang besar bila sahaja ada kepentingan karya yang perlu diambil.di bawa dinasti ini, korban-korban akan diberikan kepada T’ai Sui dan kepada tuhan-tuhan yang memerintah bulan dan hari. Tetapi korban-korban ini tidak dipersembahkan pada masa yang biasa: ianya dilakukan hanya pada permulaan dinasti Ch’ing (Manchu) (1644-1912), bahawa ianya ditetapkan untuk mempersembahkan korban pada masa yang ditentukan (ibid., ms. 194).
Korban-korban akan diberikan diseluruh empayar kepada dewa ini sebagai tuhan bintang di bawah langit yang terbuka sejak dari permulaan dinasti Ming melalui arahan Kaisar T’ai Tsu (ibid).
Catatan Arkeologi & Pra-Sejarah
Menjejaji Zaman Gangsa
Satu penunjuk yang utama kepada perluasan tamadun dan kepada perhubungan dan distribusi suku kaum didapati di dalam penghasilan serta dalam bentuk Gangsa, yang mana adalah satu campuran dari tembaga dengan mencampurkan timah pada jumlah yang sedikit sehingga empat peratus. Timah menambahkan kekuatan dan kekerasan tembaga tersebut dan merendahkan tahap peleburannya. Keasalan penghasilan tembaga tidak boleh dipastikan. Menurut Interpreters Dictionary of the Bible, artikel “Bronze” (Gangsa) dalam jilid I, ms. 467, gangsa didapati di Ur di Chaldees yang bertarikh pada sekitar 2500 BCE. Kawasan pengeluarannya besar kemungkinan adalah tempat di mana tembaga dan timah didapati di lokasi yang bertekatan. Ini didapati di Syria di daeraha Kasrwan di belakang Byblos, Armenia, Caucasus dan Iran Utara. Bagi keasalannya, Wainwright mendakwa ianya dari Syria walaupun gangsa yang tertua telah didapati di Syria, di Ras Shamra, bertarikh dari ca. 2050-1850 BCE. Ketiadaan lapisan besi tidak menyokong bahawa pembuatan gangsa telah ditemui di sana, walaupun penemuan di Ur bertarikh sehingga 2500 BCE walaupun mungkin ini adalah tarikh yang lebih baru seabgai satu penjelasan yang alternatif. Schaeffer menyokong Armenia dan Anatolia dengan mempercayai bahawa imigran pekerja gangsa dari kawasan ini, yang mana mempunyai rantai leher gangsa sebagai lencana mereka, telah memperkenalkan pekerjaan gangsa kepada Byblos. Dari sana ianya meluas ke Eropah. Penjelasan ini melupakan kepentingan laluan Danube, yang mana kemudian ini kita akan melihat bahawa ianya lebih penting dari yang difikirkan. Gangsa yang ditemui di Mesir yang bertarikh sebelum 2000BCE telah dipercayai adalah campuran tembaga dan timah secara kebetulan. Ianya dipercayai bahawa gangsa tidak dibuat di Mesir sehingga Kerajaan Pertengahan (ibid). Beberapa batang gangsa ditemui di Yerikho dan bertarikh sehingga zaman 2300-1900 BCE dan berhubungan dengan penceroboh dari utara, yang mungkin suku kaum Amori dari Syria. Lachish menghasilkan: “gangsa togglepin, arca serta pin dari Dinasti yang Kelapan Belas (Abad yang keenam belas-keempat belas BCE). Objek-objek yang banyak telah ditemui di Meggido. Tetapi dengan melihat dari penemuan arkeologi, gangsa sama sekali tidak lazim di Filistin, walaupuns semasa Pertengahan Zaman Gangsa” (ibid).
Seperti yang dicatat di atas, dari analisis oleh Bernard Karlgren dalam A Catalogue of the Chinese Bronze in the Alfred F. Pillsbury Collection, University of Minnesota Press, bagi institusi Seni Minnesota, 1952; terdapat empat zaman pengeluaran gangsa yang utama di Cina sebelum Ch’in. ini adalah Yin-Shang (1525-1028 BCE), Chow yang Awal (1027-c.900BCE), Chow Pertengahan (c.900-600BCE) dan Huai (c.600-222BCE). Identifikasi ini mungkin membuktikan kepentingan dalam mengenal pasti perubahan dslam budaya dan sistem keagamaan. Titik yang dipintas pada 1525 BCE bagi bentuk gangsa d├ęcor juga adalah penting dalam mengasingkan pergerakan awal dari jangka masa dongengan.
Dinasti orang Cina yang pertama telah didakwa sebagai Hsia. Dinasti ini secara tradisinya bertarikh dari 2205-1766 BCE tetapi ini masih lagi tidak boleh dipastikan dan memerlukan mengesahan arkeologi. Mungkin juga dinasti ini merujuk kepada tempat-tempat kejadian yang awal. Kita akan meneliti kebarangkalian ini kemudian. Dinasti yang kedua ialah Shang (1766-1123 BCE) yang telah digali sebahagiannya dan telah menemui banyak tulisan yang diukir di atas tulang-tulang dan kerang kura-kura. Tulisan-tulisan kuno ini menurut dengan kaedah peramalan, yang telah diterangkan oleh Fung Yu-lan dalam Bab 12 karyanya (lihat di bawah). Sekarang kita akan menyenaraikan atau meneliti dinasti-dinasti ini.
Dinasti-dinasti Cina
Mitologi Moyang: Hwang Ti dll ca. 2600 BCE-
Yaou – memerintah – 2356 BC
Shun
Yu
Dinasti:
Hsia: secara tradisi bertarikh pada 2205-1766 BCE tetapi diperkuatkan sebagai dinasti pertama yang sebenarnya. Kee yang zalim didakwa telah digulingkan pada 1818 BCE.
Shang: Mungkin dinasti pertama yang sebenarnya (bertarikh sejar Kaisar Tang) 1766-1123 BCE. (zaman gangsa Yin-shang bermula 1525 dan berterusan sehingga 1028 BCE).
Chou: Ketiga atau Zaman Feudal – 1123-221 BCE. Semasa zaman Chou awal, divinasi kerang kura-kura telah digantikan dengan sistem tangkai tumbuhan milfoil bagi akurasi yang lebih baik. Zaman cendikiawan, Confucius (551-479 BCE), Mencius (371-289 BCE) dan Hsun Tzu (mungkin di antara 298-238 BCE). Confucius telah dikatakan telah lahir pada tahun yang kedua puluh satu dari kaisar Ling yang mana dibaca sebagai 549 BCE oleh Historian History. Tarikh-tarikh di atas adlah dari Fung Yu-lan ms. 143. (Chow awal (1027-900 BCE) dan Chow yang kemudiannya (900-600 BCE) Zaman Gangsa. Zaman Gangsa Huai bermula ca. 600 berterusan sehingga ca. 222 BCE).
Tsin (atau Ch’i): 221-205 BCE. Penggabungan dari negeri-negeri yang berperang terjadi di bawah Tsin dan empayar pertama yang sebenarnya telah didirikan. Fang sheng telah berpindah-randah sejak dari masa ini dan seterusnya.
Han: 205 BCE-226CE. Dinasti ini, adalah berikutan dari penggabungan Ch’in, menakluki sekitar tiga puluh negeri dan mempunyai impak yang besar ke atas sistem perdagangan, memperluaskan kuasa sehingga ke Caspian.
Enam Dinasti: Zaman enam dinasti yang lebih kecil ini tidak memberikan catatan yang banyak.
Tang: 618\620-900\7 CE. Pemeriksaan kesusasteraan telah didirikan di bawah dinasti ini.
Zaman Lima Dinasti: 907-960 CE. Percetakan telah dicipta di sini oleh Fung-taou pada 924 CE (H.H, ms. 544).
Sung: 960-1280 CE. Teori Spiritual telah muncul di bawah fahaman Taoisme dan yang mana telah menjadi obsesif dari zaman Han telah digantikan oleh dogma materialisme yang muncul dari fahaman Confucianisme. Sebenarnya ini adalah zaman di mana fahaman Confucianisme bertumbuh dengan baik. Werner (ms. 73) menyatakan bahawa ianya adalah cendikiawan Sung yang menyebabkan kemusnahan Mitologi Cina. Selepas zaman ini kita tidak berjumpa lagi apa-apa zaman penciptaan mitologi yang baru. Werner tidak membezakan di antara golongan elit falsafah dan orang yang banyak, yang sebenarnya masih kekal animis. Apa yang mungkin benar ialah bahawa fahaman Wuisme dan Dongengan telah menjadi tetap dengan Wuisme mengurangkan reputasi mitologi dengan banyak. Marco Polo telah melawat Cina pada penghujung era Sung pada 1275.
Yuan: Dinasti Yuan atau Mongol berakhir lapan puluh lapan tahun dari 1280-1368 CE. Dari abad yang kesepuluh sehingga ketiga belas, kaum Kitan dan Nuchen telah menduduki kawasan utara.
Ming: 1368-1643 CE. Orang Portugis telah melawat Cina dan memperkenalkan Kekristianan seabgai fahaman Trinitarianisme bukan-Nestorian. Mereka mendiami Macao. Tsung-ching telah digulingkan oleh pemberontak sebagai Le Tse-ching dan Shang Ko-he membahagikan empayar, mengambil Honan dan Szechuan\Hukwang. Le mengepung pusat negeri Honan, Kaifung-fu, jadi secara sistematik dia telah mengurangkannya kepada perdagangan karnibalisme. Tentera yang lega telah memecahkan bendungan dari Sungai Yellow dan membanjiri negara serta membunuh 200,000 pada 1642. Pemberontak ini telah melarikan diri ke gunung-ganang dan Fu-Le telah menyerang Peking, dimasuki oleh pengkhianatan eunuch. Golongan Manchus telah diundang untuk memasuki Cina oleh pengarah jeneral di persempadan dengan Manchuria dan kemudian memasuki dan mengalahkan Le Tse-ching dan pihak pemberontak.
Manchu: Pihak Manchurian tidak mahu pergi dan pada 1644 menyatakan anak lelaki yang kesembilan dari Teen-ning, kaisar Cina di bawah gelaran Sun-che, mengadaptasikan gelaran Ta-tsing (“Keaslian yang Besar) bagi dinasti tersebut. Dinasti ini telag berterusan sehingga abad yang kedua puluh, dijadikan tidak efektif oleh tuan-tuan dan kemudiannya oleh pergerakan-pergerakan politik. Kaisar yang terakhir yang didirikan, di bawah orang Jepun daerah Manchukuo sebagai satu negeri boneka bagi Jepun.
Neksus
Mengasingkan pemuja-pemuja Sihir Orang Cina Yang Awal.
Dinasti orang Cina yang pertama, seperti yang disebut di atas didakwa sebagai Hsia, yang secra tradisinya bertarikh dari 2205 BCE. Bagaimana pun, perkara ini masih tidak pasti dan memerlukan mengesahan arkeologi. Yang kedua, dinasti Shang (1766-1123 BCE) seperti yang dinyatakan, separuhnya telah digali dan mengeluarkan banyak tulisan yang diukir pada tulang-tulang dan kerang kura-kura. Tulisan-tulisan ini adalah menurut kaedah peramalan, yang telah dijelaskan oleh Fung Yu-lan dalam Bab 12 karyanya. Dia menyatakan bahawa peramal yang awal adalah dari sekolah Yin-Yang, yang mana mempunyai keasalannya di dalam para penyembah sihir, yang dikenali sebagai ‘fang-shih atau pengamal kepada seni ghaib.
“Dalam ‘Treatise on Literature’ (bab 30) di dalam Sejarah Bekas Dinasti Han, yang mana berdasarkan pada Tujuh Ringkasan oleh Liu Hsin, seni ghaib ini telah digabugkan ke dalam enam kelas” (Fung Yu-lan, ms. 129).
Enam kelas seni ghaib ini adalah seperti berikut.
Yang pertama, Astrologi, menurut kepada Sejarah Han, “ bertugas untuk mengatur dua puluh lapan konstelasi, dan memerhatikan perkembangan lima planet dan perkembangan matahari dan bulan, dengan ini mencatatkan manifestasi keuntungan dan kerugian” (ibid.).
Yang kedua ‘Almanac’, “bertugas untuk mengatur empat musim dalam aturan yang baik, untuk menyesuaikan masa ekuinoks dan solstis, dan memerhatikan susunan masa-masa matahari, bulan dan lima planet, dengan ini meneliti keadaan sebenarnya tentang sejuk dan panas, kehidupan dan kematian…Melalui seni ini, kesengsaraan dari malapetaka dan kegembiraan dari kemewahan semuanya wujud.”
Yang ketiga berhubungan dengan Lima Elemen, meurut “Treatis on Literature”, “bangkit dari revolusi dari Lima Kuasa [Lima Elemen], dan sekiranya ia dikembangkan ke hadnya, tidak ada perkara yang ia tidak akan capai.”
Yang keempat adlah peramalan melalui kaedah tangkai tumbuhan saka dan ini dilakukan dengan kerang kura-kura atau tulang bahu sapi jantan, yang menjadi dua kaedah yang utama bagi peramalan di Cina kuno. Menurut Fung Yu-lan, peramalan kerang kura-kura atau tulang adalah dengan membuat satu lobang di dalamnya dan kemudian memanaskannya dengan menggunakan batang besi untuk menghasilkan rekah yang memancar dari lobang tersebut rekah ini telah diterjemahkan oleh para peramal menurut konfigurasi mereka sebagai satu jawapan kepada persoalan yang ditanya. Dalam kaedah tangkai tumbuhan saka atau tangkai mill, tangkai-tangkai ini digunakan dalam kaedah ini untuk mengeluarkan kombinasi berunsur angka yang boleh diterjemahkan bagi rujukan kepada I Ching atau Book of Changes (buku perubahan) yang mana merupakan tujuan asal karya ini.
Kumpulan yang kelima adlah dari peramalan yang beraneka.
Kumpulan yang keenam, sistem bentuk-bentuk, termasuk Pisiognomi “bersama dengan apa yang dikenali pada zaman lampau sebagai feng-shui, secara literal, ‘angin dan air’. Feng-shui berdasarkan pada konsep bahawa manusia adlah hail dari alam semesta. Oleh itu rumahnya atau tempat penguburannya harus diatur supaya menurut dengan kuasa alam, yakni dengan ‘angin dan air’. Pada masa ketika fahaman feudalisme masih kuat semasa abad awal dinasti Chou, setiap tempat aristokratik berhubungan dengan pakar yang turun-temurun dalam seni ilmu ghaib, yang harus diminta nasihat apabila ada tindakan kepentingan yang harus diambil. Tetapi dengan penggabungan yang kian merosot dalam fahamn feudalisme, banyak daripada ahli pakar ini kehilangan kedudukan mereka yang turun-menurun dan menyebar di seluruh negara, di mana mereka terus mempraktikkan seni mereka di kalangan orang ramai.kemudian mereka telah dikenali sebagai fang shih atau pengamal kepada seni ilmu ghaib.” (ibid., ms. 130).
Fung Yu-lan menyatakan bahawa para pengamal ilmu sihir mahu menterjemahkan alamm dalam keadaan yang positif dan mendapatkan palayannya melalui penaklukannya, yang hanya berbeza dari sains dari segi kepercayaan di dalam alam ghaib. Kepercayaan yang kukuh terhadap kepercayaan di dalam alam ghaib dan terjemahan terhadap alam semesta dalam istilah kuasa alam mengurangkan fahaman pemujaan sijir kepada sains. Ini adalah pengurangan yang terlibat di dalam dualsme yang terjadi kemudiannya, tidak ada zaman teis dari terjemahan golongan Confucian di mana interaksi terhadap kuasa alam boleh diramal dengan menggunakan formula atau olahan. Ini tampak sebagai satu versi pengurangan yang disebut di atas dari bantuk-bentuk fahaman Teisme kuno, yang mana merupakan fahaman Monoteisme.
Tentu sahaja satu kajian tentang perkara di atas, dalam membezakan praktik yang digarisbesarkan oleh Eliade, akan mendemonstrasikan bahawa praktik-praktik ini pada zaman feudal adalah fahaman Shamanisme (Kedukunan) dan rentetan yang diterangkan oleh Fung Yu-lan di atas menjelaskan bagaimana Wu dari Cina telah menjadi pelaku-pelakunya yang berpindah-randah.
http://www.ccg.org/indonesian/s/b7_8.html

Tidak ada komentar: